KUALA LUMPUR: Juara perseorangan Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia 2019, Rachel Arnold merupakan satu-satunya wakil negara yang mara ke separuh akhir kejohanan itu kali ini yang akan berlangsung di Pusat Skuasy Nasional hari ini.
Selepas dua pertarungan sengit dengan pemain nombor 23 dunia Nadine Shahin sebelum ini, Rachel yang berada di kedudukan ke-26 dunia, akhirnya berjaya menundukkan pemain Mesir itu di suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia 2022 di halaman sendiri semalam.
Pemain berusia 26 tahun itu mengambil masa 36 minit untuk mengubah kedudukan daripada ketinggalan 6-11 dalam set pertama untuk memenangi set seterusnya 11-1, 11-9, 11-9 bagi menghadapi satu lagi perlawanan sukar dengan pemain pilihan kedua kejohanan Nele Gilis dari Belgium.
Dua kekalahan Rachel sebelum ini bukannya tanpa memberi tentangan, kerana pemenang pingat perak Kejohanan Asia 2021 itu tewas 14-12, 11-13, 4-11, 7-11 di pusingan kedua Kejohanan Dunia 2020-2021 dan kalah 11-8, 9-11, 9-11, 9-11 dalam Terbuka British 2021.
"Saya amat bangga dengan kemenangan saya hari ini, walaupun saya hilang tumpuan tetapi berjaya mengatasinya untuk mendapat kejayaan besar. Selepas set pertama, saya memberitahu diri sendiri, saya mesti agresif kerana saya amat pasif, jadi saya fikir perubahan itu membantu saya.
"Harap dapat ke final tetapi perlawanan esok menentang Gilis adalah sukar. Semasa bertemu dengan beliau pada Terbuka British 2022, saya tewas 0-3, saya rasakan ia tidak mudah," katanya kepada pemberita selepas perlawanan.
Sementara itu kemaraan juara bertahan Aifa Azman terhenti selepas tumpas 9-11, 4-11, 2-11 kepada pemain nombor 14 dunia, Gilis, semalam.
"Dia seorang pelari, gemar bermain 'rally' yang panjang, jadi saya tiada peluang untuk membuat kejutan. Saya bekerja keras. Saya harap untuk menggunakan segala yang dipelajiri hari ini dalam latihan menjelang Terbuka Hong Kong minggu depan," kata Aifa.
Cabaran Malaysia dalam acara perseorangan lelaki juga berakhir semalam, selepas pemain nombor 83 dunia Muhammad Addeen Idrakie Bahtiar tidak dapat meneruskan aksi menumbangkan gergasi ketika bertarung dengan pemain pilihan utama kejohanan Tarek Momen.
Wakil Mesir itu mengatasi beliau 11-1, 11-9, 11-6 untuk berhadapan Nicolas Mueller dari Switzerland hari ini.
Muhammad Addeen mengejutkan pemain nombor 19 dunia Raphael Kandra dari Jerman dan nombor 22 dunia Omar Mosaad dari Mesir masing-masing dalam pusingan pertama dan kedua.
Keputusan lain:
Perseorangan Lelaki
---------------------------
Mazen Hesham (EGY) mn Patrick Rooney (ENG) 11-5, 11-6, 11-3
Joel Makin (WAL) mn Miguel Rodriguez (COL) 11-8, 11-7, 14-12
Nicolas Mueller (SUI) mn Marwan ElShorbagy (EGY) 11-3, 11-9, 10-12, 11-7
Perseorangan Wanita
-----------------------------
Tesni Evans (WAL) mn Melissa Alves (FRA) 12-10, 10-12, 11-3, 6-11, 12-10
Olivia Fiechter (USA) mn Yathreb Adel (EGY) 11-9, 12-10, 11-7
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 24 2022
Rachel (gambar) menghadapi satu lagi perlawanan sukar dengan pemain pilihan kedua kejohanan Nele Gilis dari Belgium, pada Jumaat. - Foto Astro ARENA
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Rungutan beras berkurang berbading peringkat awal - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata rungutan beras berkurangan sedikit berbading peringkat awal. #AWANInews
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
Kadar SSL daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kadar tahap sara diri (SSL) daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus. #AWANInews
30 hari bicara kes pegawai kanan polis bunuh pelajar
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet, menetapkan tarikh perbicaraan itu bermula 4 November 2024 hingga 17 Januari 2025.
[KOLUMNIS] Apakah Kedah negeri berdaulat?
Pada kurun ke-18, Kedah memiliki kedaulatan ke atas wilayah yang dikuasainya dan penduduk Kedah sendiri mengakui Sultan sebagai pemerintah.
Pecut kereta, polis pengiring KM Melaka selamat daripada dihempap pokok
Kenderaan yang dipandu Koperal Mohd Hafifi Kadrai bersama rakan setugasnya, Koperal Wira Putra Johari berada di depan tiga kenderaan rombongan termasuk yang dinaiki Ab. Rauf.
Daiyan Trisha tunjuk bukti beri sumbangan tabung Palestin cecah RM100,000
Daiyan Trisha minta maaf andai caranya membuktikan sokongan terhadap Palestin tidak tepat.
Gerakan protes pelajar terbesar abad ke-21
Dari AS hingga ke benua lain, matlamat utama demonstrasi itu adalah serupa sebagai tanda solidariti dengan Palestin.
Rakan penghantaran bagasi yang dipercayai jemaah
Sejak tahun 1998, Pos Laju telah dilantik oleh Lembaga Tabung Haji sebagai penyedia perkhidmatan pengurusan barangan peribadi jemaah Haji, untuk memastikan penghantaran yang lancar dan selamat bagi barang-barang berharga ke Malaysia dan negara-negara ASEAN terpilih.
Sivasangari, Eain Yow mara pusingan kedua Kejohanan Skuasy Dunia
Atlet kelahiran Kedah itu tidak berdepan masalah untuk mara selepas mengetepikan wakil Latvia Ineta Hopton 11-6,11-8,11-8.
Peluang Sivasangari ikut jejak Nicol
Menurut Rizal, Sivasangari perlu diberi peluang melalui proses pembinaan kerjaya yang betul, sekali gus mengelak tekanan tinggi.
Sivasangari cipta sejarah juara Skuasy Klasik London
Pemain berusia 25 tahun yang menghuni kedudukan 13 dunia itu menyingkirkan cabaran bintang nombor dua dunia dari Mesir, Hania El Hammamy.
Skuasy: Sivasangari hampir ketepikan juara bertahan Cleveland
S Sivasangari tewas kepada lawannya dari Georgina Kennedy dari England di separuh akhir, malam tadi.
Tokoh korporat beri sumbang peribadi untuk Yayasan Nicol, Kenneth Low
Tan Sri Mohamad Salim menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM15,000 kepada Pertubuhan Nicol David dan bekas pemain skuasy negara Kenneth Low.
Nicol mahu lihat lebih ramai pemain wanita negara dalam 15 teratas
Nicol zahirkan harapan untuk melihat lebih ramai pemain wanita negara mencapai kedudukan 15 teratas dalam ranking dunia PSA.
Sukan skuasy dipertandingkan di Olimpik 2028
Skuasy bakal dipertandingkan di pentas Sukan Olimpik 2028 (LA28) selepas mendapat kelulusan Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam satu mesyuarat yang berlangsung di Mumbai.
Skuasy Sukan Asia Hangzhou: Semua pemain acara individu ke suku akhir
Skuad skuasy negara memulakan kempen acara individu Sukan Asia 2022 dengan keputusan memberangsangkan untuk melangkah ke peringkat suku akhir.
Skuasy: Peluang Malaysia tebus kekecewaan di pentas final
Malaysia layak ke final buat kali ketiga berturut-turut dengan menewaskan Amerika Syarikat 3-0 pada aksi separuh akhir pada Jumaat.
Skuasy: Malaysia mara ke separuh akhir kejohanan dunia wanita
Pasukan Malaysia mempamerkan persembahan terpuji, membalas dendam atas kekalahan 2-1 dalam pertemuan akhir peringkat Asia bulan lepas.